anda sedang mengidap penyakit. nama penyakit adalah batukkungkangkungkangkroihhhhakptuihhhh. umpama ada siser rapat sedang menggaru anak tekak dan tidak boleh tidak akan batukkungkangkungkangkroihhhhakptuihhh sampei mata beraek muka mirah.
bayangkan ..
anda sedang berada di luar. di kedai makan. sudah semestinya untuk makan. sik kan lah ko nak meli mentol jamban angus di kedei makan nak?
bayangkan ..
anda sedang menyuap makanan ke dalam mulut. masok-masok jak makanan dalam mulut, seperti ada berus sabut sedang menggaru-garu anak tekak anda. dan anda pun batukkungkangkungkangkroihhhhakptuihhhh. dan barang makan dalam mulut pun alu menampus keluar.
bayangkan ..
sebagai penambah perisa yang tidak akan menyebabkan rambut gugur kalau diletak berlebihan, di hadapan meja anda makan, duduklah sekumpulan lelaki. tidak lah diketahui akan status lelaki-lelaki tersebut samada bujang kah, boipren urang kah, tunang urang kah, laki urang kah waima bapak urang kah. (sila tukar kan sekumpulan lelaki kepada sekumpulan gadis / wanita jika anda adalah seorang lelaki).
bayangkan ..
masa anda tengah batukkungkangkungkangkroihhhhakptuihhhh dan makanan menampus keluar dari mulut, urang-urang meja berdekatan menoleh ke arah anda. ya, termasuk sekumpulan lelaki yang berada di meja depan anda.
makanya ..
sila buat karangan sependek 500 patah perkataan mengenai perasaan anda pada waktu dan ketika itu. hadiah misteri menanti anda.
sekian.
nota ngegeh: bah, ku nak makan obat batok lok

1 comment
Comments feed for this article
February 20, 2012 at 22:28
andy
ahahh…menampus..keder ajak laa…
lmk lalu sik updet blog ktk eh…